Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

29) PROGRAM JOM KE SUPERMARKET

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan program ini dengan terperinci.

    Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bersidang pada 30 Jun 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan program “Jom ke Supermarket”. Golongan sasar bagi program ini adalah warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan telah mendaftar melalui sistem Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

    Dana awal bagi program ini adalah sebanyak RM 5,000,000.00 yang akan dibiayai oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dan disalurkan melalui Menteri Besar Incorporated (MBI).

    Kaedah Perlaksanaan program tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Peserta akan diberikan senarai barangan ‘sihat’ untuk dipilih mengikutkeperluan. (Hanya barangan terpilih dan disenaraikan sahaja yang boleh dibeli.)
    1. Bas disediakan di Pusat Khidmat Masyarakat. (Peserta adalah digalakkan untuk ditemani seorang ahli keluarga.) Ahli Yang Berhormat/wakil kemudiannya akan bersama-sama rombongan ke pasaraya.
    2. Taklimat Pemakanan Sihat akan dibuat sebelum kupon bernilai RM100.00 diedarkan bagi memberi panduan tentang budaya pemakanan sihat seterusnya memastikan kesihatan mereka terpelihara.
    3. Kupon diedarkan dan peserta ‘berbelanja’ seperti biasa mengikut senarai ‘boleh beli’ yang telah diberikan.
    4. Bagi kos pembelian melebihi RM100.00, ahli keluarga perlu menambahlebihan tesebut. Manakala, bagi kos pembelian yang kurang daripada RM100.00, lebihan nilai tersebut tidak boleh dituntut daripada pasar raya dan Kerajaan Negeri.

    Program ini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini dan penambahbaikan bagi program akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas yang diterima kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.