Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

163) PROGRAM JOM SHOPPING PESERTA SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan telah menghentikan program Jom Shopping untuk Warga Emas?

    Program Jom Shopping adalah merupakan salah satu program nilai tambah yang telah diwujudkan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dan begitu dikenali oleh rakyat Selangor daripada setiap peringkat.

    Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat untuk menyambung semula program JOM Shopping bagi warga emas yang telah berdaftar sebagai ahli SMUE ini. Ia bukan sahaja dapat menceriakan warga emas yang turut serta dalam program tersebut, tetapi dapat juga wadah merapatkan hubungan sesama ahli SMUE. Malahan menjadi jambatan penyambung hubungan yang lebih akrab di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dengan rakyat di kawasan mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.