Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

108) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan syarat-syarat terkini bagi warga Selangor yang ingin mendaftarkan diri bawah program dengan kad peduli sihat?

    Skim Peduli Sihat (SPS) masih lagi diteruskan pelaksanaan pada tahun 2020. Program SPS ini telah menjalani proses pengemaskinian dan penjajaran semula pada bulan Jun 2019 dengan menghadkan bilangan kad peduli sihat kepada 65,000 kad sahaja dengan beberapa syarat tambahan seperti pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000, berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih dan berasaskan kuota DUN

    Sebagai penambahbaikan Skim Peduli Sihat sedia ada, melalui Belanjawan Negeri Selangor 2020, sebanyak 20,000 kuota tambahan telah disediakan bermula bulan Mac 2020.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.