Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

139) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?

    Pelaksanaan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) selepas tempoh pengemaskinian bermula 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019 yang lalu diteruskan pemberian manfaat kepada penerima-penerima KISS sedia ada yang memenuhi kelayakan KISS dan tersenarai sama ada di dalam sistem eKasih atau data Bantuan Sara Hidup (BSH).

     

    Hasil semakan silang yang telah dijalankan pada tempoh pengemaskinian tersebut mendapati seramai 11,462 orang penerima KISS sedia ada adalah layak untuk terus menerima manfaat tersebut berdasarkan kriteria kelayakan seperti berikut :

    1. Warganegara Malaysia;

     

    1. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh 10 tahun;

     

    • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan

     

    1. Berpendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM2,000.00;

     

    1. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;

     

    1. Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data Sistem eKasih

Lampiran

Tiada Lampiran.