Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

88) PROGRAM KEBAJIKAN PENUH RAKYAT TERMISKIN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor yang menjadikan pendapatan RM1,500 sebagai garis kemiskinan bagi Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 1/2009 pada 7 Januari 2009 telah bersetuju dan memutuskan supaya Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Negeri Selangor dinaikkan ke paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM1,500.00. Persetujuan menaikkan PGK tersebut adalah berasaskan Laporan Audit Bantuan Dana Nelayan Negeri Selangor dan Cadangan Penambahbaikan Dana Nelayan, Petani dan Penternak dengan pernyataan “menjadikan RM1,500.00 sebagai garis kemiskinan maka sudah pasti senarai nelayan miskin akan meningkat sehingga 1,500.00 (30% daripada jumlah nelayan Negeri Selangor)”. Namun begitu, tiada satu asas atau justifikasi pengiraan secara terperinci yang dibuat bagi kenaikan PGK

    Kita juga sedia maklum bahawa Selangor merupakan antara negeri termaju di Malaysia khususnya dari segi ekonomi dan hal ini turut diiktiraf berdasarkan kepada laporan-laporan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, PGK Selangor berjumlah RM1,500 seisi rumah ini dilihat jauh lebih realistik dan bersesuaian dengan senario ekonomi semasa berbanding dengan PGK Nasional iaitu RM930 seisi rumah.

Lampiran

Tiada Lampiran.