PROGRAM KEPENGGUNAAN

114) PROGRAM KEPENGGUNAAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program kepenggunaan yang mampu membantu rakyat menghadapi situasi harga barangan yang naik?

    Kerajaan Negeri pada masa ini belum lagi mewujudkan program khusus kepenggunaan yang mampu mengatasi kenaikan harga barang. Walaubagaimanapun, sekiranya ada aduan berkaitan kenaikan harga barang, tindakan pemantauan akan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri.

    Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri hanya menjalankan program-program yang boleh mendidik rakyat berjimat cermat melalui kempen-kempen seperti kempen jimat air dan elektrik serta kempen amalan hidup sihat. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak NGO dan yang berkaitan bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang GST dan kesannya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.