Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

61) PROGRAM KERAJAAN DI HOTEL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua perbelanjaan, nama hotel, program dan jabatan-jabatan yang terlibat bermula tahun 2008 sehingga sekarang.

    Perbelanjaan bagi jamuan makan, kenduri, keraian, mesyuarat, taklimat dan program di hotel diperuntukan kepada semua Jabatan berdasarkan keperluan semasa bagi tujuan peningkatan mutu perkhidmatan dan penyampaian Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk kepada peraturan dan dasar sedia ada yang berkuatkuasa. Antara Pekeliling yang perlu dipatuhi oleh Jabatan / agensi di Negeri selangor adalah seperti berikut:-

    • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2005

    (Peraturan Mengenai Kadar-Kadar Dan Syarat-Syarat Bayaran Saguhati Kepada Pensyarah/Penceramah Dan Fasilitator Sambilan);

    • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005

    (Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun Kemudahan Dan Bayaran Kepada

    Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus PraPerkhidmatan);

    • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005

    (Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun,Kemudahan Dan Bayaran Kepada

    Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis);

    • Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 19 Tahun 2012

    (Tatacara Perolehan Perkhidmatan Pengendalian Kursus Dan Latihan); dan

    • Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2012 (Perbelanjaan Berhemah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.