Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

169) PROGRAM KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program atau peruntukan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan tahap kebersihan kawasan kampung sentiasa dijaga di DUN Teluk Datuk?

    Kerajaan negeri melalui agensi penyelaras iaitu Pejabat Tanah telah menyalurkan peruntukan kepada JKKK di daerah Kuala Langat secara amnya dan di DUN Teluk Datuk khususnya sebanyak RM10,000.00 setahun.  Antara program yang telah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tersebut ialah gotong-royong di peringkat kampung bagi memastikan keceriaan dan kebersihan sentiasa terjaga dan terpelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.