Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

56) PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat kelayakan dan prosedur permohonan?

    1. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur di antara 45 tahun sehingga 65 tahun. Syarat utama yang dinyatakan adalah pendapatan isi rumah hendaklah berada di bawah RM 1500.00 sebulan dan memiliki hakmilik tanah sendiri bagi bantuan bina baru rumah. Syarat – syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seperti di LAMPIRAN A. Setiap pemohon mestilah bertanggungjawab di atas maklumat yang dinyatakan semasa membuat permohonan. Sebarang penipuan akan menyebabkan permohonan akan ditolak serta

     

    LAMPIRAN A

     

    Syarat- syarat memohon Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut:

     

    • Terbuka kepada Anak Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor melebihi daripada 15 tahun.

     

    • Pemohon-pemohon yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah dibuktikan telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun. Bukti diperoleh daripada ADUN Kawasan, Penghulu Mukim berkenaan, JKKK serta Ketua Kampung kawasan berkenaan;

     

    • Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500.00

    sebulan;

     

    • Umur pemohon adalah di antara 50 tahun hingga 65 tahun sahaja kecuali Orang Kurang Upaya (OKU);

     

    • Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;

     

    • Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;

     

    • Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk

    Kerosakan asas sahaja akan dipertimbangkan untuk tujuan baikpulih;

     

    • Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampong baru / tanah lot persendirian yang mana rumah tersebut di atas tanah milik sendiri / tanah T.O.L (Temporary Occupation License) yang diberi kebenaran olehPejabat Tanah

     

    • Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru. Kedudukan tapak mestilah berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik dan bukan kawasan banjir. Sekiranya tapak tiada punca air dan elektrik, penerima bantuan bersetuju untuk menanggung kos pemasangan bekalan air dan elektrik;

     

    • Bagi bantuan bina baru, rumah pemohon perlu dirobohkan;

     

    • Pemohon dikehendaki untuk melampirkan surat kebenaran menduduki / suratkuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah sekiranya tanah bukan hakmilik pemohon;

     

    • Terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya;

     

    • Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan rumah;

     

    • Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan;

     

    15           Pemohon yang menumpang tidak layak dipertimbangkan;

     

    • Mangsa bencana alam yang telah mendapat bantuan baik pulih rumah daripada Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor tidak layak menerima bantuan rumah Program KerajaanPrihatin;

     

    • Pemohon yang berjaya adalah tertakluk untuk pemulangan surat penerimaan tawaran bantuan rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut;

     

    • Semua keputusan permohonan bergantung kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan yang

     

    1. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah melibatkan 9 daerah. Program ini tidak dipecahkan mengikut DUN. Permohonan yang diterima adalah berdasarkan daerah yang diduduki oleh pemohon. Bagi Dun Hulu bernam yang terletak di daerah Hulu Selangor, penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin adalah seramai 78 orang sejak tahun 2008 sehingga 2013. Jumlah penerima bantuan bina baru rumah sebanyak 44 dan bantuan baikpulih rumah sebanyak 34. Berikut adalah pecahan jumlah penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di daerah Hulu Selangor dari tahun 2008 hingga 2013 di LAMPIRAN

     

     

    LAMPIRAN B

     

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2008 – 2013 DAN JUMLAH PERBELANJAAN BAGI DAERAH HULU SELANGOR

     

     

    TAHUN

     

    DAERAH

    2008 2009 2010 2011 2012 2013  

    JUMLAH MENGIKUT DAERAH

    BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH BINA BARU BAIK PULIH
    HULU SELANGOR 6 8 8 10 9 4 12 5 9 7  

    78

    JUMLAH KESELURUHAN 14 18 13 17 16
    JUMLAH

    PERBELANJAAN

    370,000.00 480,000.00 385,000.00 520,000.00 455,000.00 2,220,000.00

     

     

    PETUNJUK JUMLAH PERBELANJAAN
    BB – BinaBaru 44 1,540,000.00
    BP – Baikpulih 34 680,000.00
    Jumlah keseluruhan 78 2,220,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.