Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

13) PROGRAM KESIHATAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai program bantuan kesihatan seperti pemeriksaan, rawatan kecil dan penerangan amalan gaya hidup sihat. Bagaimanakah status perkembangan program-program tersebut?

    Pada tahun 2010, kerajaan negeri telah menganjurkan program-program kesihatan yang meliputi pelbagai aspek kesihatan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Kem Kesihatan di Pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Mac 2010. Program ini menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, papsmear,  pemeriksaan  gigi, pemeriksaan mata. Selain itu terdapat juga khidmat doktor-doktor pakar  seperti pakar kanak-kanak, radiology, obstetrics & gynecology,  opthamology,  orthopedic, surgery dan pemeriksaan telinga, mata dan tekak (EnT). Program seumpama ini juga memberikan ubat-ubatan secara percuma kepada orang awam. Kerajaan negeri juga telah menganjurkan satu program bersama MAKNA berhubung kesedaran kanser bagi kakitangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Oktober 2010. Program anjuran MAKNA dan kerajaan negeri ini juga menawarkan  pemeriksaan percuma barah payudara dan juga turut menyediakan khidmat nasihat percuma berhubung kanser kepada kakitangan

Lampiran

Tiada Lampiran.