Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

37) PROGRAM KESIHATAN DAN TAHAP KEBERSIHAN SETEMPAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program kesihatan yang dirancang dan dibekalkan kepada penduduk setempat bagi mengawal tahap penyakit berjangkit yang berbahaya seperti H1N1 dan demam denggi daripada menular selain dari bekalan vaksin pencegahan dan semburan kawasan penyakit berbahaya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kempen terutama melalui media sentiasa diberikan kepada orang awam mengenai penyakit H1N1 dan denggi dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti. Semua kontak secara terus dengan kes influenza A H1N1 juga wajib menjalani kuarantin di rumah selama 7 hari. Pada masa yang sama, langkah-langkah “social distancing” seperti menutup sekolah dan mengehadkan bilangan pelawat ke hospital telah diambil sebagaimana saranan Majlis Keselamatan Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.