Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

80) PROGRAM KHAS SELANGOR BRAIN BANK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian program khas Selangor brain bank?

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) selaku Urus Setia Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah mengadakan 2 siri bengkel yang dihadiri oleh wakil akademik, pihak industri dan pegawai kerajaan yang berkaitan seperti Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN), Penasihat Undang-Undang dan Perbendaharaan Negeri Selangor bagi membincangkan syarat-syarat berkaitan biasiswa ini. Pada masa ini, BPSM dalam peringkat akhir memuktamadkan dasar dan mekanisme pelaksanaan program termasuk syarat- syarat permohonan untuk pertimbangan Lembaga TKWBNS.

    Dalam melaksanakan Program Khas Selangor Brain Bank, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM8.0 juta setahun di mana peruntukan awal yang diberikan adalah sebanyak RM5.0 juta. Jumlah peruntukan ini dijangka dapat membiayai seramai 5 hingga 8 penerima setahun.

    Buat masa ini, belum ada penerima di bawah program ini memandangkan permohonan belum dibuka. Permohonan bagi pengambilan pertama dijangkakan dibuka pada awal tahun 2017 untuk pengajian tahun tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.