Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

72) PROGRAM KISS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor yang menyebabkan program KISS tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program KISS ini telah dilaksanakan mengikut perancangan sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan 2018 yang lalu. Namun begitu, pelbagai proses yang perlu dilalui selepas penerimaan permohonan diperingkat Pejabat DUN atau Pejabat Penyelaras DUN seperti semakan dan saringan terhadap permohonan yang diterima mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

    Senarai penerima juga akan diteliti dan disemak bagi mengelakkan berlakunya pertindihan nama, semakan ke atas dokumen sokongan serta pengesahan borang permohonan perlu dilakukan sebelum kad KISS dicetak. Sehubungan itu, proses-proses ini mengambil sedikit masa yang menyumbang kepada kelewatan pengeluaran dan penerimaan kad kepada penerima.

    Setelah itu, pemberian kad KISS kepada Pejabat DUN atau Pejabat Penyelaras DUN diberikan secara berperingkat dan seterusnya dapat diserahkan kepada penerima yang layak untuk menerima manfaat yang telah disediakan di dalam Program KISS ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.