Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

100) PROGRAM KURSUS INSENTIF PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (KIPK)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan semasa progam Kursus Insentif Perkembangan KanakKanak (KIPK) serta berapakah jumlah pendaftaran semasa di bawah I-Asuh bagi pengasuh-pengasuh di rumah?

    Nama kursus ini yang sebenarnya adalah Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK). Kursus ini sudah dimulakan sejak tahun 2013 lagi. Sejak diperkenalkan program ini telah menerima sambutan yang sangat baik dari pengasuh-pengasuh di seluruh Negeri Selangor. Malah pihak pengendali juga ada menerima banyak permohonan dari pengasuh-pengasuh dari negeri-negeri lain tapi terpaksa menolaknya. Setakat ini sebanyak 29 program telah dijalankan yang melibatkan sebanyak 930 penyertaan oleh pengasuh-pengasuh. Kursus ini dijalankan dengan mengumpul kesemua empat puluh (40) orang peserta untuk setiap sessi kursus selama tiga (3) hari dan dua (2) malam di hotel terpilih di Selangor. Ini adalah bagi memastikan semua para peserta dapat memberi fokus yang penuh kepada kursus dan dapat manfaat yang maksima dari semua program yang dijalankan.

    Untuk tahun 2019 program ini akan diteruskan lagi dengan sedikit penambahbaikan dan pengubahsuaian kecil kepada beberapa modul yang dilaksanakan.

    Kerajaan Negeri melalui syarikat pengendali juga memantau para perserta kursus dan memberi bimbingan yang diperlukan oleh mereka menerusi group whatsapp yang diwujudkan khas untuk mereka. Mengikut maklumat yang diterima hampir kesemua peserta kursus sepanjang tahun 2018 masih aktif menjalankan aktiviti pengasuhan. Manakala 60-70 peserta telah menjalani kursus Asas Permata (KAP) melalui konsultan yang dilantik oleh JKM.

Lampiran

Tiada Lampiran.