Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

222) PROGRAM LATIHAN DAN MOTIVASI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memulakan kembali program Pembangunan Insan yang mensasarkan berbagai organisasi dan kumpulan ?

    Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah pun memulakan program Pembangunan Insan untuk kumpulan pelajar seperti Program Jamboree di Kem Bina Semangat Ampang Pecah dan program motivasi untuk pelajar sekolah tahfiz. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan masyarakat cemerlang selaras bagi merealisasikan halatuju kerajaan ke arah negeri Smart Selangor. Maka pada tahun ini, pihak Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan akan meneruskan pelaksanaan program pembangunan modal insan dengan menggunakan pendekatan yang lebih kontemporari dan komprehensif.

     

    Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan program pembangunan insan yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran yang boleh membantu individu tersebut meningkatkan pendapatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.