Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

122) PROGRAM MAMMOGRAM TELAH DIJALANKAN DENGAN JAYANYA UNTUK WARGA WANITA SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk program ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma. Kos setiap pemeriksaan mammogram sebanyak RM90 ditanggung sepenuhnya oleh

    Kerajaan Negeri Selangor. Setakat 31 Januari 2012 seramai 14,776 wanita di Selangor telah mendapat manfaat daripada pemeriksaan mammogram percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM 1,329,840.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.