Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

70) PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN TEMPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah agensi-agensi kerajaan yang membantu pembangunan usahawan tempatan dan usahawan belia? Sila senaraikan agensi-agensi tersebut dan peranan mereka.

    1. Di bawah Kerajaan Negeri Selangor terdapat kemudahan dan bantuan perniagaan yang dapat membantu usahawan mempertingkatkan perniagaan mereka. Walau bagaimanapun tiada pengkhususan bantuan perniagaan untuk usahawan tempatan dan usahawan belia.  Antara agensi yang memberikan bantuan perniagaan adalah seperti berikut:

     

    Bil. Agensi Bantuan
    1. HIJRAH Selangor –   Menyediakan bantuan pinjaman mikrokredit/kewangan untuk modal perniagaan, pembelian aset seperti food truck; dan

    –   Menawarkan program pembangunan usahawan seperti mentor-menti, Zero to Hero.

    2. Zakat –   Memberikan bantuan perniagaan/ pembelian trak perniagaan.
    3. PKNS Bizpoint –   Menyediakan fasiliti perniagaan iaitu premis pejabat dan kemudahan utiliti untuk disewa

    –   Menyediakan ruang niaga di premis sedia ada PKNS

     

    Melalui agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan terdapat beberapa agensi yang memberikan bantuan perniagaan.  Antaranya seperti berikut:

     

    Bil. Agensi Bantuan
    1. TEKUN – Skim Pembiayaan Niaga

    – Skim Pembiayaan Teman Tekun

    – Program Temanita

    – Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

    – Skim Siswazah

    – Skim Bekas & Skim Perhebat

    – Skim Profesional Muda

    2. Amanah Ikhtiar Malaysia – i-Mesra

    – Srikandi

    – i-Wibawa

    – i-Emas

    – i-Penyayang

    3. TERAJU – Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
    4. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) – Prosper Runcit – Pembiayaan Trak Bergerak
    5. Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)

    – Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

    – MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)

    6. SME Corporation – Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE)
    7. PKNS (Bahagian Pembangunan Usahawan) – Program Perintis Usahawan (PPU)

    – Program Tunas Niaga (PROTUNe)

    – Program Usahawan Mahasiswa PKNS

    – Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)

    8. Suruhanjay Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor – Skim Jaminan Anjal (SJA)

    – Skim Pembiayaan Francais (SPF)

    9. SME Bank – Small Business Financing (SBF)

    – Pembiayaan Kontrak

    – Business Accelerator Program (BAP)

     

    Manakala melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terdapat beberapa program untuk pembangunan usahawan belia seperti berikut:

     

    • Platform Digital Young Enterpreneurship Network (YEN) yang menjalankan kerjasama dengan agensi lain seperti MOA, MED, MDEC PUNB dan KPDNKK;
    • Program Heroes Digital platform; dan
    • My Youth Best Packaging untuk usahawan yang pernah mengikuti program pembungkusan KBS.

Lampiran

Tiada Lampiran.