Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

31) PROGRAM MENAMBAHKAN PENDAPATAN ISU RUMAH TERUTAMA IBU TUNGGAL DAN MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan negeri kepada golongan ibu tunggal dan miskin untuk menambahkan pendapatan isirumah?

    Kerajaan negeri amat prihatin terhadap golongan ibu tunggal dan miskin dalam
    membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi menampung
    keperluan hidup yang semakin mendesak pada masa kini. Kerajaan negeri bukan
    ingin sekadar untuk memberi bantuan bulanan secara berterusan tetapi ingin
    membantu para ibu tunggal agar lebih berdikari dalam meningkatkan taraf hidup
    masing. Usaha-usaha yang berterusan oleh kerajaan negeri amat penting bagi
    memastikan setiap ibu tunggal yang dibantu dapat berdikari sepenuhnya agar
    mereka lebih bermotivasi dalam melakukan aktiviti yang menambah pendapatan
    mereka. Terdapat pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam
    membantu ibu-ibu tunggal di Selangor bagi tahun 2010: Antaranya seperti berikut:
    i) Bantuan Kerajaan Prihatin – membaiki dan membina rumah baru bagi
    pemohon yang layak ( 49 orang wanita telah diluluskan permohonan mereka)
    ii) Bantuan Blueprint Kemiskinan – Bantuan kepada mereka yang miskin dan
    ingin memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan (107 orang wanita
    telah diluluskan permohonan mereka)
    iii) Dana usahawan IKS – Dana bagi mereka yang ingin mengembangkan
    perniagaan sendiri ( 69 orang wanita telah diluluskan permohonan mereka)
    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan kursus kemahiran jangka
    pendek untuk wanita suri rumah dan ibu tunggal dengan kerjasama pejabat daerah.
    Antaranya seperti berikut:
    i) Kursus Sulaman manik (Daerah Klang) – 30 peserta
    ii) Kursus Bunga Stokin ( Daerah Kuala Selangor) – 30 peserta
    iii) Kursus Sulaman reben (Daerah Petaling) – 30 peserta
    Kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah portal khas yang dinamakan ‘Portal E-Bu”
    di mana ia merupakan sebuah pangkalan maklumat ibu tunggal seluruh Selangor.
    Ibu-ibu tunggal digalakkan untuk berdaftar dengan portal ini agar kerajaan negeri
    dapat merancang pelbagai program yang bermanfaat berdasarkan maklumat yang
    terdapat dalam portal tersebut.

    Sehubungan itu, setiap ibu tunggal yang berminat mereka boleh memohon untuk
    mendapatkan bantuan-bantuan yang dinyatakan di atas sebagai usaha untuk
    memajukan diri mereka. Bantuan yang diberikan secara adil dan telus di mana hanya
    mereka yang benar-benar layak akan menerima bantuan tersebut. Bantuan yang
    diberikan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima kerana terdapat
    ramai yang memohon tidak dapat diluluskan kerana mereka tidak dapat
    menunjukkan kesungguhan mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.