Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

104) PROGRAM MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat selepas beberapa program IPR ditarik balik?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya memberdayakan mereka dalam jangka panjang. Semua program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah ditambahbaik melalui proses penjajaran bagi memastikan pemberian bantuan Kerajaan Negeri dibuat secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan serta simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR.

     

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang disediakan untuk semua peringkat masyarakat di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, program-program penjanaan pendapatan rakyat ini akan ditawarkan kepada pemohon yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan serta bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

     

    Berikut dinyatakan program-program yang ditawarkan mengikut sektor masing-masing :

     

    SEKTOR USAHAWAN

     

    1. Kursus/ Latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Modal Insan

    Program latihan ini turut menekankan konsep hands holding di mana setiap langkah dalam dunia usahawan akan diberikan panduan teliti. Untuk rekod, program ini telah berjaya melahirkan beberapa usahawan muda berjaya.

    1. Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) – INPENS

    Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) iaitu sebuah program latihan keusahawanan melalui kursus dalam bidang-bidang seperti berikut :

    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Ruminan & Unggas)
    • Kursus Pemantapan Pemantauan Keusahawanan
    • Kursus Percetakan Segera Pentauliahan Sijil SKM Tahap 3 : Peserta Urutan Selepas Bersalin
    • Kursus Keusahawanan Penternakan
    • (Makanan ternakan dan Rancangan Perniagaan)
    • Kursus Soft Skills Usahawan Penternakan & Pengurusan Kewangan (Online)
    • Kursus Keusahawanan Penternakan (Sembelihan Halal & Penyediaan Makanan (BBQ)
    • Mobile Service Aircond
    • Cuci Kasut
    • Mobile Barber
    • Ayam Gunting
    • Terapi Bekam
    • Bakeri
    • Mobile Spa
    • Dekorasi Pelamin
    • Kiosk Sate

     

    Program ini yang diberikan secara percuma merangkumi beberapa kategori peserta iaitu belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal. Daripada tahun 2011 hingga 2018, terdapat 3,248 orang peserta telah terpilih untuk menyertai Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS). Daripada jumlah tersebut, seramai 2,436 orang peserta (75%) telah berjaya menjana pendapatan melalui program tersebut. Purata pendapatan bulanan mencatatkan jumlah tertinggi untuk julat pendapatan antara RM500 – RM2,000 sebulan melalui 1,712 orang peserta (52.71%).

     

    • Program di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan

    Kerajaan Negeri turut mengadakan program dan bantuan kepada belia bagi tujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seperti berikut:-

     

    1. Dana Usahawan Mikro Selangor;
    2. Pameran/ Ekspo;
    3. Karnival/ Festival Usahawan; dan
    4. Kursus/ Latihan.

     

    1. Skim Bantuan HIJRAH Selangor

    Melalui program HIJRAH Selangor, pinjaman kewangan diberikan kepada golongan belia bagi memulakan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya melalui skim seperti berikut : –

     

    JENIS SKIM PINJAMAN TEMPOH BAYARAN BALIK CATATAN
    SKIM 1 3,000.00 -5,000.00 25 minggu (6 bulan) Ditawarkan kepada semua peminjam yang berkelayakan
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
    150 minggu (36 bulan)
     

    SKIM 2

     

    6,000.00 -10,000.00

    25 minggu (6 bulan)
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
    150 minggu (36 bulan)
    SKIM 3 15,000.00 -20,000.00 25 minggu (6 bulan) Hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah tamat pinjaman pusingan pertama dengan kredit disiplin yang memuaskan
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
    150 minggu (36 bulan)
    SKIM 4 30,000.00 -50,000.00 25 minggu (6 bulan)
    50 minggu (12 bulan)
    100 minggu (24 bulan)
    150 Minggu (36 bulan)

     

    SEKTOR PENDIDIKAN

     

    1. Pendidikan Kemahiran dan Vokasional

    Menyediakan pendidikan kemahiran dan vokasional di Kolej INPENS dengan yuran yang berpatutan untuk belia yang kurang berkemampuan namun ingin meneruskan pembelajaran walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang. Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini telah menyediakan peluang pendidikan kemahiran dan vokasional yang dibiayai berdasarkan kelayakan pemohon.

     

    SEKTOR PERTANIAN

     

    1. Program di bawah Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

    Kerajaan Negari telah melaksanakan pelbagai Program untuk Generasi Muda yang berminat menceburi sektor pertanian sebagaimana  berikut :-

     

    1. Program Agro Muda Selangor (AMSEL);
    2. Program Bantuan Peralatan Pertanian;
    3. Kursus dan Seminar kepada Generasi Muda; dan
    4. Pembukaan Tanah Pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.