Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

120) PROGRAM MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat selepas beberapa program IPR ditarik balik?

    Ramai di kalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri masa kini. Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah penjenamaan semula Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu.

     

    Retreat EXCO 2018 pada 13 hingga 16 Ogos 2018 telah memutuskan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membentangkan keberkesanan dan keperluan penjajaran program IPR dengan mengambil kira perkara seperti berikut :

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    2. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

    iii)     Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor.

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    2. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

    iii)     Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini semua Program IPR masih berjalan seperti biasa dan tidak dimansuhkan malah sebaliknya dijajarkan bagi meneruskan pemberian bantuan Kerajaan Negeri secara lebih holistik yang tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR Selangor.

     

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan. Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini adalah ditawarkan kepada pemohon yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh setiap program bantuan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.