Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

15) PROGRAM MERAKYAT EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan negeri mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah menambah baik perjalanan MES seperti syarat-syarat dan meliputi semua golongan?

    Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) telah diperkenalkan sebagai satu usaha perkongsian hasil negeri bersama rakyat bersesuaian dengan agenda “Hasil Negeri Untuk Rakyat”. Namun demikian, ianya dilaksanakan secara  berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar “Hasil Negeri untuk Rakyat” dapat dipenuhi secara maksimum.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mencuba mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah pro aktif dalam menambah baik perjalanan MES termasuk syarat-syarat bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh semua golongan. Oleh itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau perlaksanaan setiap program dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar melalui laporan yang dikemas kini dari masa ke semasa kepada Pihak Berkuasa Negeri. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menerima dan mengambil kira segala cadangan atau apa jua teguran yang diterima bagi memastikan penambahbaikan dapat dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.