Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

221) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi meningkat publisiti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor khususnya di luar bandar memandangkan terdapat penduduk yang tidak mempunyai akses internet?

    Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor mempunyai sebanyak 18 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi iaitu :

    • Program Hijrah Selangor;
    • Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS);
    • Hadiah Anak Masuk Universiti;
    • Skim Mesra Usia Emas;
    • Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang;
    • Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2);
    • Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL);
    • Insentif Perkahwinan Belia;
    • Pusat Tuisyen Rakyat;
    • Pusat Dialisis Rakyat;
    • Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR);
    • Skim Bantuan Tadika (TUNAS);
    • Cuti Bersalin 90 Hari;
    • Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari;
    • Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari;
    • Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal);
    • Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC); dan
    • Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan

    Maklumat lanjut kesemua program ini boleh didapati melalui portal MES yang

    dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi kemudahan rakyat. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan masih lagi terdapat penduduk yang tidak mempunyai akses internet bagi menyemak dan berdaftar secara atas talian. Bagi membendung permasalahan ini, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan agensi bertanggungjawab bagi program-program ini mengadakan roadshow atau membuka booth di seluruh Selangor untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan rakyat mengenai program-program yang telah diperkenalkan.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri turut telah mewujudkan pusat maklumat sehenti di setiap DUN yang berperanan untuk memberi maklumat atas sebarang aduan, maklumat dan pertanyaan yang dihadapi oleh penduduk. Pusat tersebut juga menyediakan borang untuk diisi secara manual oleh penduduk dan juga risalah atau brosur mengenai setiap program yang dijalankan. Selain itu, setiap DUN juga dari semasa ke semasa akan mengadakan sesi Program Mesra Rakyat yang menjadi platform antara YB DUN dan juga penduduk setempat bagi menjelaskan hal-hal semasa, menyelesaikan mengenai isu-isu berbangkit di kawasan setempat dan juga memberi penerangan mengenai program-program kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

    Setakat ini penyertaan di bawah program MES sangat memberangsangkan dan ini menunjukkan bahawa segala usaha yang telah digembleng oleh setiap agensi yang dipertanggungjawabkan membuahkan hasil dan berjaya menarik perhatian rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.