Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

27) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapakah faedah dari hasil pasir hanya disalurkan kepada Ketua-ketua Kampong hanya sekali sahaja (2009)?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan 10% dari keuntungan KSSB disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh Negeri Selangor.

    Kali pertama ianya dilaksanakan adalah pada tahun 2010 dari keuntungan KSSB bagi tahun kewangan 2009 dengan nilai sumbangan sebanyak RM616,000.

    Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan sumbangan dari keuntungan KSSB untuk tahun kewangan 2010 dan 2011 setelah akaun KSSB selesai diaudit.

Lampiran

Tiada Lampiran.