Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

29) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana kerajaan negeri telah melaksanakan program Ð program yang dirancang dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)?

    Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diperkenalkan pada Jun 2008 oleh
    Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan dilaksanakan secara berperingkat.
    Sehingga kini fasa pertama dan kedua program MES sudah dilaksanakan dengan
    jayanya. Ia membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak bercakap kosong kerana
    berjaya merealisasikan manifesto Pilihan Raya 2008 yang dijanjikan kepada rakyat.
    Prinsip MES berdasarkan kepercayaan bahawa sumber-sumber negeri adalah
    kepunyaan rakyat. Oleh itu, adalah wajar kita berkongsi kekayaan negeri kepada
    rakyat negeri Selangor yang merupakan pemilik ekonomi yang sebenarnya.
    Program MES Fasa 1 yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
    1) Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
    2) Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3)
    3) Hadiah Anak Masuk Universiti
    4) Skim Mesra Usia Emas
    5) Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral
    6) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
    7) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
    Program MES Fasa 2 yang sedang dilaksanakan pula adalah seperti berikut:
    1) Cuti Bersalin Selama 90 Hari
    2) Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari
    3) Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
    Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan program MES bagi Fasa 3, Fasa 4 dan
    seterusnya berdasarkan kesesuaian masa yang akan ditentukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.