Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

157) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan pembayaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Selangor kepada penerima faedah di dalam semua Program Merakyatkan Ekonomi sepanjang tahun 2015-2016.

    Kerajaan Selangor amat prihatin dan komited dalam menyediakan program-program yang memberi manfaat kepada rakyat di Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dilancarkan pada tahun 2008. Penambahbaikan demi penambahbaikan dilakukan bagi memastikan pendapatan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Selangor dapat dirasai bersama-sama rakyat, khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan mengikut keperluan tanpa mengira bangsa, umur dan fahaman politik.

    Jumlah perbelanjaan yang telah diberikan kepada penerima faedah manfaat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2015 adalah sebanyak RM297,749,952.73 manakala perbelanjaan bagi tahun 2016 setakat bulan September adalah sebanyak RM268,654,455.85 seperti di Jadual 1.

     JADUAL 1 :

    Jumlah perbelanjaan yang telah diberikan kepada penerima faedah manfaat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2015 dan 2016

    BIL PROGRAM AGENSI JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
    TAHUN 2015 TAHUN 2016

    (30 SEPT 2016)

    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 4,886,300.00 2,402,500.00
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 8,000,000.00 3,444,174.00
    3 Skim Mesra Usia Emas Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 26,345,500.00 20,724,000.00
    4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang Seksyen Sektoral, UPEN 572,775.00 960,262.00
    5 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama* Kerajaan Negeri Selangor 163,561,317.73 164,140,024.89
    6 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) 5,622,000.00 Skim ini telah ditamatkan dan digabungkan menjadi Hijrah Selangor bermula Mac 2015
    7 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 169,150.00
    8 Skim Hijrah Selangor Hijrah Selangor 76,979,000.00 65,497,000.00
    9 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 196,530.00 379,113.80
    10 Insentif Perkahwinan Belia Seksyen Sektoral, UPEN 4,151,000.00 3,194,500.00
    11 Pusat Tuisyen Rakyat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1,715,500.00 3,381,406.16
    12 Pusat Dialisis Rakyat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) Tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor
    13 Skim Bantuan Asuhan Rakyat

    (Si KEMBAR)

    Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 760,450.00 453,760.00
    14 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 4,776,430.00 4,047,715.00
    15 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) Seksyen Sektoral, UPEN 14,000.00 30,000.00
    JUMLAH 297,749,952.73 268,654,455.85
    Sumber data ini disediakan oleh Seksyen Makro Dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.