Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

44) PROGRAM MIMBAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peminjam skim ini bagi seluruh Selangor dan huraikan jumlah peminjam bagi setiap daerah.

    Program Mikro kredit Miskin Bandar atau lebih dikenali sebagai MiMBAR Selangor ini merupakan satu program mikro kredit yang disambut oleh masyarakat bandar di Selangor. Ini kerana MiMBAR Selangor menyediakan perkhidmatan pinjaman perniagaan tanpa dikenakan caj faedah yang meringankan bebanan peniaga kecil dalam membuat bayaran pulangan pinjaman selama 18 bulan. Jumlah pinjaman yang bermula dari RM1,000 hingga RM5,000 ini amat membantu mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman tambahan perniagaan kecil-kecilan.

     

    Sehingga Oktober 2013, jumlah peminjam yang diluluskan adalah seramai 5,731 orang di bandar-bandar Selangor yang terdiri dari lapan (8) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan pula adalah sebanyak RM11,460,200.00 bagi semua program MiMBAR Selangor iaitu Program Mikro kredit, Program Bantuan Produk, dan Program Bantuan Kerja yang meliputi pinjaman pusingan pertama dan kedua. Pinjaman pusingan kedua diberikan kepada peserta pusingan pertama yang masih lagi memerlukan pinjaman tambahan untuk perniagaan mereka dengan rekod pembayaran pusingan pertama yang cemerlang.

     

    Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut kawasan PBT:

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    i. Majlis Perbandaran Klang 1,454 2,815,500
    ii. Majlis                            Perbandaran Selayang 1,052 2,248,500
    iii. Majlis Bandaraya Petaling

    Jaya

    903 1,758,000
    iv. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 644 1,331,200

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    v. Majlis      Bandaraya                Shah Alam 589 1,180,000
    vi. Majlis Perbandaran Kajang 577 1,113,500
    vii. Majlis Perbandaran Subang Jaya 357 688,000
    viii. Majlis Perbandaran Sepang 155 325,500

     

    MiMBAR Selangor amat berharap dengan bantuan pinjaman berterusan ini dapat membantu sekumpulan kecil peserta yang begitu komited dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi sebagai perantis kecil dan sederhana sehingga mereka tidak lagi memerlukan pinjaman kecil sebegini untuk menyara perbelanjaan perniagaan mereka.

     

    Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut pusingan pembiayaan:

     

    PUSINGAN PESERTA (ORANG) PEMBIAYAAN (RM)
    Pertama 5,582 10,846,200
    Kedua 149 614,000
    JUMLAH 5,731 11,460,200

     

    Jadual bilangan peserta mengikut program:

     

     

    PERMOHONAN BERJAYA

     

    5,731 orang

    PROGRAM BILANGAN PESERTA
    Mikro kredit 5,566 orang
    Kiosk 126 orang
    Pakej MiMBAR Kleaner 39 orang

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.