Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

298) PROGRAM ÔBLUEPRINTÕ PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah Program ÒBlueprintÓ Pembasmian kemiskinan dinampak berkesan untuk meleraikan masalah miskin tegar di kalangan Rakyat Negeri Selangor? i) Sila menyatakan maklumat golongan miskin tegar mengikut susunan kaum di dalam DUN Telok Datok yang telah berdaftar dalam program ini; ii) Apakah bantuan yang berkesan untuk membuahkan hasil meleraikan masalah miskin tegar di Rakyat DUN Telok Datok?

    )   Dalam   menangani   masalah  kemiskinan  di  negeri  Selangor,  Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program “Blueprint Pembasmian Kemiskinan” Negeri Selangor bagi membantu golongan ini meningkatkan pendapatan isi rumah dalam bidang keusahawanan. Buat masa ini pemberian adalah mengikut daerah. Oleh yang demikian tiada maklumat khusus mengikut DUN. Bilangan penerima bagi daerah Kuala Langat adalah sebanyak 513 orang bagi daerah Kuala Langat. Maklumat ini akan dikemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

     

    ii) Kerajaan Negeri telah membantu peralatan atau mesin yang diperlukan oleh pemohon untuk memajukan perusahaan sedia ada Antara contoh bantuan peralatan yang disalurkan ialah mesin jahit, ketuhar, motosikal tiga roda, gerai burger, chiller dan sebagainya. Didapati bahawa penerima bantuan ini yang menggunakan bantuan ini secara berhemah telah membuahkan hasil yang baik. Oleh yang demikian, saya mengalu- alukan permohonan oleh penduduk DUN Telok Datok bagi permohonan di bawah Program Bantuan Blueprint Kemiskinan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.