Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

57) PROGRAM ÔCOMMUNITY POLICINGÕ

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan secara langsung dan tidak langsung Kerajaan Negeri dalam program Ôcommunity policingÕ di kawasan-kawasan taman perumahan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri turut terlibat secara tidak langsung dalam program ‘community policing’ di dalam membantu pihak PDRM mengurangkan kadar jenayah di negeri Selangor. Penglibatan Kerajaan Negeri adalah melalui Program Bandar Selamat di mana salah satu alternatif dalam menjayakan program ini adalah dari aspek penyediaan infrastruktur yang dapat membantu mengurangkan dan mencegah jenayah daripada berlaku contohnya penyediaan laluan pejalan kaki berpagar bagi mengelakkan kejadian ragut serta penyediaan lampu di lorong-lorong belakang di kawasan perumahan.

    Di samping itu, Kerajaan Negeri telah pun menandatangani satu perjanjian bersama GTC Global Sdn. Bhd bagi membekalkan 414 unit kamera litar tertutup (CCTV) di PBT Selangor dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di Selangor. Projek yang akan mula dilaksanakan pada tahun ini juga akan dipantau secara bersama oleh PBT dan pihak PDRM.

    Bagi membantu pihak PDRM mengurangkan kadar jenayah di negeri Selangor, Pihak Kerajaan Negeri turut bercadang untuk mewujudkan pasukan polis bantuan di PBT dan  Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah dipilih sebagai projek perintis. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat persetujuan daripada pihak PDRM.

Lampiran

Tiada Lampiran.