Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

172) PROGRAM PEDULI SIHAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri tentang kelangsungan Program Skim Peduli Sihat memandangkan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan.

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membatalkan Skim Peduli Sihat yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2017.

    Walau bagaimanapun, kita semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan. Justeru, pada masa ini Kerajaan Negeri sedang berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menyusun semula dan menambahbaik pelaksanaan program Peduli Sihat ini agar tidak berlaku pertindihan fungsi serta saling melengkapi satu sama lain. Ini seterusnya akan dapat mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri hanya akan menyediakan perkhidmatan yang tidak disediakan oleh Kerajaan Pusat.

Lampiran

Tiada Lampiran.