Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

166) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan Modal Insan kaum belia ?

    Kerajaan Negeri berusaha untuk membangunkan modal insan kaum belia adalah melalui pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang menjadi tunjang utama di dalam menggerakkan ratusan program-program dan aktiviti pembangunan belia di pelbagai peringkat seluruh Selangor.

    Pembahagian kawasan pentadbiran seseorang PeBT mengikut setiap zon PBT menjadikan taburan perlaksanaan pelbagai program belia di Selangor berlaku secara menyeluruh tanpa mengabaikan di mana-mana kawasan bandar atau terpencil.

    Pengerusi PeBT yang dibantu oleh sekumpulan AJK di peringkat zon tertentu tersebut menjadikan mereka satu jentera rasmi Kerajaan Negeri yang bergerak di lapangan dengan mendekati belia dan kumpulan sasarnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.