Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

271) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk pembangunan belia bagi tahun 2014. Nyatakan dengan terperinci perancangan kerajaan negeri dari peruntukan ini?

    • Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak 5 juta untuk pembangunan belia  bagi membiayai program-program pembangunan belia dengan kerjasama oleh PBT dan PeBT. Peruntukan adalah sebagaimana  butiran berikut:
    Bil Perkara Jumlah
    1. Elaun PeBT :

    i)           12 PBT x RM500 (Pengerusi Induk) x 12 Bulan

    ii)          278 x RM400 (Pengerusi PeBT)      x 12 Bulan

    RM      72,000.00

    RM 1,334,400.00

    2. Program PeBT:

    12 PBT x RM 20,000 x 6 Teras BES

    RM 1,440,000.00
    3. Program-program Belia setahun RM    653,600.00
    Jumlah Peruntukan RM3,500,000.00
    • Bagi tahun 2014, perancangan program adalah berdasarkan kepada 6 teras utama Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kemasyarakatan, Sukan dan Kebudayaan. Di antara program-program yang telah dirancangkan peringkat negeri adalah seperti Program Sambutan Hari Sukan Antarabangsa, Sambutan Hari Belia, Bengkel Pengucapan Awam, Bengkel Kepimpinan PeBT dan Program Perkahwinan Perdana Belia.
    • Bagi menjayakan program-program yang telah dirancangkan, Kerajaan negeri telah melantik Penggerak Belia Tempatan (PeBT) selaku penggerak kepada belia-belia di Negeri Selangor untuk melibatkan diri dalam setiap perancangan yang telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan serta Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor di samping pemantauan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Lampiran

Tiada Lampiran.