Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

249) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai pelan khusus untuk membangunkan ekonomi belia di setiap kawasan DUN.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta dari jumlah Rizab Negeri bagi projek pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan telah merancang untuk mengadakan program dengan kerjasama daripada INPENS dan Jabatan- jabatan Kerajaan serta NGO seperti mewujudkan Yayasan BES, Program- program kemahiran dan teknikal, program-program keusahawanan dan program Pemerkasaan Belia. Program-program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan anak muda untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan, kepimpinanan dan kemahiran dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.

    Disamping itu Kerajaan Negeri sedang dalam pengambilan pelajar seramai 40 orang dalam Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM376,000.00 bagi meningkatkan pengetahuan serta melahirkan Belia Ehsan Selangor melalui pelbagai aktiviti dan program yang akan memberikan manfaat kepada para belia di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.