Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

62) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA BERISIKO

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Program Pembangunan Belia Berisiko yang dilaksanakan sejak tahun 2019 mengikut DUN.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memastikan belia di Selangor terlibat dengan pelbagai aktiviti yang sihat. Bagi mendekati golongan belia yang diklasifikasikan sebagai belia berisiko, Kerajaan Negeri melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah melaksanakan program-program seperti berikut :-

    • Program Konvensyen Fiqh merupakan Ummah-Kolokium Intelektual Muda dan Sejarawan Awam

    Kovensyen Fiqh merupakan salah satu majlis ilmu yang dapat  memberi impak positif kepada masyarakat terutama umat Islam dan memberi peluang pada intelektual muda dan pengkaji sejarawan Islam di Malaysia khususnya Negeri Selangor.

    • Program Pendidikan Pencegahan Dadah

    Impak dari Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan minat para pelajar tentang memerangi, mencegah dan menyampaikan bahaya penyalahgunaan najis dadah di kalangan rakan sebaya juga masyarakat setempat.

    • Program Bebas Dadah dan Ceramah Antidadah SJKT Vivenakanda dengan kerjasama PEMADAM Petaling

    Program itu dapat membantu masyarakat setempat dan belia serta golongan B40 yang menjadi kawasan sasaran dan berisiko tinggi untuk mengenali penyalahgunaan dadah bagi masyarakat bermaklumat dan cara-cara terbaru pengedaran dadah di kawasan setempat.

    • Program Fun Run @ Tersang dan Sembang Santai bersama Persatuan Pengasih Malaysia

    Melalui program ini, PEMADAM dapat menambah keahlian Kelab Mahasiswa PEMADAM peringkat IPTA/IPTS dan memberikan

    maklumat terus kepada para pelajar serta tenaga pengajar tentang maklumat bahaya najis dadah.

    • Program-program sosial bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)/NGO

    Memberi maklum terus kepada NGO-NGO tentang peranan dan kerjasama yang erat bagi melaksanakan program-program bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan NGO.

     

    • Program Terapi Minda (Serlahkan Aura Dalamanmu)

    Program ini dianjurkan bertujuan untuk menguatkan pemikiran ke arah yang lebih positif dan berani untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

     

    • Program “Bicara Eksekutif Maqasid Syariah” Peringkat Negeri Selangor 2019

    Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman berhubung Maqasid Syariah kepada masyarakat dan NGO dengan memasukkan elemen pencegahan berkaitan najis dadah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.