Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

163) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah program pembangunan modal insan telah dijalankan dengan bajet yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Program pembangunan modal insan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri merupakan satu pendekatan yang berhikmah dan kontemporari dalam usaha membangunkan modal insan secara bersepadu melalui konsep continuous learning. Pencapaian pelaksanaan program pembangunan modal insan berdasarkan bajet yang telah diluluskan bermula Ogos 2008 sehingga Oktober 2015 telah berjaya melatih seramai 158,604 orang dan dalam tempoh ini ia merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengetengahkan konsep pembangunan insan yang holistik kepada warga Negeri Selangor. Maklumat pencapaian pelaksanaan program adalah seperti jadual di bawah :

     

    BIL KATEGORI PESERTA JUMLAH PESERTA OGOS 2008 – OKTOBER 2015
    1 Remaja / Belia 75,155
    2 Penjawat Awam 24,622
    3 Warga Pendidik 16,740
    4 Kanak-Kanak 411
    5 Pimpinan Masyarakat 15,199
    6 Keluarga 17,061
    7 Pelajar IPT / Siswa 6,484
    8 Warga Industri 620
    9 Warga Emas 50
    10 Briged Amal 2,113
    11 Skuad INSAN 40

     

    12 Briged Wanita 109
      JUMLAH 158,604

     

    Secara umumnya, pelaksanaan program ini dapat diterima dengan baik oleh masyarakat yang mana ianya dapat dilihat menerusi peningkatan ilmu, pemerkasaan potensi kebaikan diri secara holistik, keinsafan jiwa, peningkatan kesediaan diri untuk berubah ke arah menjadi aset bernilai kepada negara dan ruang untuk memberi penjelasan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam memantapkan nilai modal insan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.