Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

48) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA FLAT-FLAT YANG TELAH USANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam Sidang Dewan yang lalu EXCO Perumahan bersetuju untuk membangunkan semula flat rumah kos rendah Seksyen 16 Shah Alam. Apakah rancangan PKNS untuk membangunkan semula kawasan flat ini.?

    Inisiatif pembangunan semula rumah-rumah pangsa lama adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh PKNS bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor menaiktaraf rumah pangsa dari aspek kebersihan persekitaran, kemudahan yang lebih baik dan ruang selesa yang sekaligus mewujudkan kualiti hidup penduduk yang lebih kondusif.

    Beberapa siri perbincangan telah diadakan diperingkat dalaman dan juga bersama ADUN Kawasan bagi merancang beberapa perkara berkaitan pelaksanaan cadangan pembangunan semula tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.