Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

101) PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI DILIHAT TIDAK MENYUMBANG ATLIT KE PERINGKAT NASIONAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah masalah utama yang dihadapi persatuan sukan di selangor? Huraikan

    Majlis Sukan Negeri Selangor mempunyai sebanyak 41 persatuan sukan negeri berprestasi tinggi yang telah bergabung. Tujuan utama persatuan sukan negeri ini adalah membangunkan sukan masing-masing mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh badan sukan dunia dan sukan–sukan ini juga adalah sukan–sukan yang kebanyakannya dipertandingkan di Kejohanan Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama pihak persatuan sukan negeri bertanggungjawab untuk merangka program tahunan yang menjurus kepada pembangunan prestasi atlet. Walau bagaimanapun terdapat tiga (3) masalah utama yang dihadapi oleh Persatuan Sukan Negeri buat masa ini. Di antaranya adalah berkaitan peruntukan kewangan yang disalurkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri untuk melaksanakan program-program pembangunan sukan bersama persatuan-persatuan negeri adalah tidak mencukupi. Peruntukan ini perlu untuk melaksanakan program-program pencarian bakat baru (TID), latihan pusat, penganjuran kejohanan, menyertai kejohanan, pembelian peralatan latihan dan kejohanan mengikut teknologi terkini serta lain-lain program binaan yang perlu untuk melahirkan atlet berprestasi

    Dari segi kemudahan sukan pula, Majlis Sukan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang kemudahan sukan yang dimiliki oleh pihak Majlis bagi memudahkan atlet menjalankan latihan mengikut masa dan kesesuaian atlet. Buat masa ini pihak Majlis terpaksa menyewa kemudahan sukan yang terdapat di Pihak Berkuasa Tempatan dan juga swasta yang mana ianya melibatkan kos yang tinggi. Kemudahan-kemudahan yang dimiliki oleh pihak Berkuasa Tempatan ini juga tidak memberi ruang yang secukupnya untuk atlet-atlet menggunakan bagi memenuhi program-program latihan sepanjang masa. Kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat dibawah seliaan PBT ini juga tidak dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang sepatutnya untuk membolehkan latihan dijalankan disitu. Walau bagaimanapun kekurangan yang dihadapi itu tidak menjadi halangan untuk Negeri Selangor melahirkan atlet-atlet diperingkat Nasional dan Antarabangsa. Terkini dua (2) daripada lima (5) penyumbang pingat emas sukan asia 2014 di Incheon datangnya daripada atlet Negeri Selangor iaitu :-

    Karate-do      –      Syakilla Salni binti Jefry Krishnan
    Sukan Layar   – Ahmad Syukri bin Abdul Aziz dan Mohd Faizal Norizan

    Selain daripada itu juga seramai 45 orang atlet Negeri Selangor telah terpilih untuk mewakili Negara di Kejohanan Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014 yang lalu.

Lampiran

Tiada Lampiran.