Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

27) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program pembangunan usahawan yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Dana Industri Kecil bagi usahawan-usahawan yang layak untuk mendapatkan bantuan mesin dan peralatan bagi meningkatkan pembangunan produk. Kerjasama juga dijalankan dengan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memberi bantuan pinjaman perniagaan terutama kepada usahawan-usahawan di kawasan bandar dan membantu pekerja-pekerja yang di berhentikan untuk memulakan perniagaan.

    Bagi menambahkan ilmu dan kemahiran Kerajaan Negeri juga mengadakan kursus- kursus seperti Asas Keusahawanan, Strategik Pemasaran, Kepentingan Pensijilan Halal dan Program Mentor Mentee. Program yang dirancang terbuka kepada semua golongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.