Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

11) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramai penerima bantuan IKS Selangor dari tahun 2008 hingga 2015?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor sehingga RM30,000.00 bagi setiap permohonan bermula tahun 2015.  Sebelum ini had permohonan hanya sehingga RM10,000.00 sahaja. Sebanyak 575 orang telah menerima Bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor daripada tahun 2008 hingga Julai 2016.  Bagi tahun 2012, peruntukan dana ini digunakan untuk Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selangor (4P).  Penerima program ini adalah sebanyak 15 orang.  Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada rekod pecahan mengikut kaum dan data direkodkan mengikut 9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor.  Walau bagaimanapun, maklumat berhubung penerima Bantuan Dana Usahawan Mikro mengikut daerah bagi tahun 2008-2016 (Julai) adalah seperti jadual di bawah:

    Penerima Bantuan Dana Usahawan Mikro Mengikut Daerah Bagi Tahun 2008-2016 (Julai)

    Bil Daerah 2008/

    2009

    2009/

    2010

    2010/

    2011

    2012 2013 2014 2015 2016
    1 Kuala Selangor 17 18 7 2 5 14 13
    2 Sabak Bernam 10 10 9 3 10 11 15 10
    3 Petaling 5 11 4 5 13 8 5
    4 Hulu Langat 5 3 9 1 5 6 6 6
    5 Sepang 2 2 4 8 5 12 13
    6 Kuala Langat 13 12 9 2 5 12 17 12
    7 Gombak 8 12 18 2 3 5 11 13
    8 Klang 14 14 10 7 12 8 3 11
    9 Hulu Selangor 14 3 4 5 11 14 6
      Jumlah 88 87 74 15 55 76 100 95

    (Sumber: Pejabat-pejabat Daerah Negeri Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.