Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

95) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program Pembasmian Kemiskinan oleh 12 PBT sejak 2010 sehingga kini dan jumlah peruntukkan yang dibelanjakan?

    Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan  oleh  PBT  di  bawah  Local  Agenda 21. Local Agenda 21 merupakan suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri ada melaksanakan program basmi kemiskinan dengan memberi tumpuan kepada 9 daerah di Negeri Selangor. Ia bertujuan untuk membantu rakyat miskin di Negeri Selangor bagi meringankan beban yang ditanggung. Antara program yang dilaksanakan termasuklah:

     

    Bil Perkara Catatan
    1. Program Blueprint Kemiskinan Memberi peralatan untuk memajukan perniagaan dan perusahaan
    2. Program Kemahiran Teknikal INPENS Membantu pelajar yang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran dalam

    bidang teknikal di Kolej INPENS

    3. Pemberian Bantuan Perayaan Membantu rakyat miskin Negeri Selangor yang berpendapatan di bawah RM1,500.00

     

     

    Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM24,747,065.00 bagi melaksanakan program ini mulai 2010 hingga 2014 (data sehingga 31 Mei 2014). Perincian mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

     

    Tahun

    Program Blueprint Kemiskinan Program Kemahiran Teknikal Pemberian Bantuan Perayaan
    2010 722,311.00 1,654,050.00 150,000.00
    2011 870,660.00 1,716,800.00 1,251,920.00
    2012 233,740.00 1,857,975.00 4,158,000.00
    2013 711,985.00 2,736,433.00 5,320.000.00
    2014 568,430.00 554,760.00 2,240,000.00
    Jumlah 3,107,126.00 8,520,018.00 13,119,921.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.