Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

173) PROGRAM PEMBERIAN AIR PERCUMA PENDUDUK RUMAH FLAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status terkini program pemberian air percuma penduduk rumah flat ?

    Penduduk rumah flat atau pangsapuri yang menggunakan meter air individu sebenarnya
    telah menikmati pemberian air percuma setiap 20 meter padu pertama setiap bulan
    secara automatik. Manakala, bagi penduduk pangsapuri yang masih menggunakan
    meter air pukal, pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama telah
    dilaksanakan dan dilancarkan pada 27 Mei 2010 melalui sistem kupon.
    Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 Subang Jaya telah dipilih sebagai kawasan projek
    perintis yang mendapat kupon air percuma bagi tempoh percubaan selama tiga bulan
    iaitu mulai bil air bagi Jun 2010 sehingga Ogos 2010. Tempoh tiga bulan yang diberikan
    ini adalah bagi membolehkan sebarang kelemahan dan penambahbaikan kepada sistem
    kupon dapat dibuat sebelum ianya diperluaskan ke kawasan pemajuan Pangsapuri Kos
    Rendah yang lain di Selangor secara berperingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.