Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

137) PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat mana keberkesanan Program Pembersihan Sungai Klang dari segi perancangan kerja, skop kerja, tender, sebut harga, kawalan perbelanjaan mengikut jadual kerja serta penilaian terhadap pelaksanaan mana-mana bahagian kerja memandangkan peruntukan sebanyak RM15juta telah diperuntukkan untuk tahun 2017?

    YB Kampung Tunku bertanyakan tentang keberkesanan Program Pembersihan Sungai Klang dari segi perancangan kerja, skop kerja, tender, sebut harga, kawalan perbelanjaan mengikut jadual kerja serta penilaian terhadap pelaksanaan mana-mana bahagian kerja memandangkan peruntukan sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan untuk tahun

    Untuk makluman YB Kampung Tunku, Program Pembersihan Sungai Klang telah dilaksanakan oleh anak syarikat ‘Menteri Besar Incorporated’ (MBI) iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) yang telah dilantik secara terus bermula pada tahun 2016 bagi mengeluarkan longgokan sisa pepejal terapung di Sungai Klang yang amat kritikal pada ketika itu dengan skop kerja seperti berikut:

    • Pemasangan ‘waste trap’ bagi memerangkap pelbagai jenis sisa pepejal di dalam sungai;
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan di sepanjang Sungai Klang;
    • Penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan;
    • Memastikan kerja-kerja mengeluarkan semua jenis sisa pepejal dilaksanakan dengan teratur di tapak-tapak yang dibenarkan oleh agensi yang berkaitan dan mana-mana tapak lain yang dikehendaki oleh MBI;
    • Memastikan semua perkara berkaitan pusat pengumpulan sisa pepejal, tenaga kerja, bahan-bahan, peralatan dan jentera (termasuk tetapi tidak terhad kepada lori kompaktor, trak terbuka, tongkang, bot dan/atau aset-aset lain) adalah mencukupi dan bersesuaian untuk digunakan bagi memastikan perkhidmatan yang diberi berada di tahap optimum; dan

    Bermula daripada pelantikannya pada tahun 2016, Program Pembersihan Sungai Klang telah menunjukkan keberkesananannya dimana:-

    • Sebanyak 48 unit mini logboom telah dipasang di sepanjang kunci-kunci air bagi menyekat sisa pepejal terapung daripada mengalir terus ke Sungai Klang;

     

    • 20,809 MT sisa pepejal telah dikeluarkan dan kembalinya habitat liar semulajadi disebabkan oleh peningkatan kualiti

     

    • Di samping itu, aktiviti kitar semula telah turut dilaksanakan dan setakat bulan Mac 2017, 1,100 kg barangan yang boleh dikitar semula telah dikutip dan diasingkan justeru mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan

    Bagi tujuan di atas, sejumlah RM5.3 juta telah dibelanjakan untuk pelaksanaan skop kerja seperti yang telah dijelaskan.

    Usaha-usaha di bawah program ini akan diteruskan pada tahun 2017 dengan  objektif utamanya ialah untuk meningkatkan lagi keberkesanan operasi pembersihan untuk jangkamasa panjang dan menjalankan pemantauan sungai secara lebih efektif.

    Ianya dimulai dengan pelaksanaan penilaian teknikal bagi ‘Effective River Cleaning Operations’ dengan kos sebanyak RM0.5 juta. Kerja-kerja penilaian teknikal ini mengambil masa selama tiga (3) bulan bermula Januari dan berakhir pada Mac ini bagi tujuan berikut:-

    • Kerja penandaan sempadan (‘certified boundary’) di Sungai Klang yang melibatkan sempadan di antara lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat iaitu DBKL, MBPJ, MPSJ, MBSA dan MPK;
    • Mengenalpasti lokasi yang bersesuaian dan efektif untuk pemasangan lima (5) logboom utama di Sungai Klang dengan mengambil kira kelebaran sungai, kekuatan arus sungai dan juga kekuatan tebing;
    • Merekabentuk logboom yang ‘robust’ dan efektif untuk menyekat sampah di Sungai Klang;
    • Mencadangkan kaedah efektif untuk mengutip sampah di logboom dan kaedah pengumpulan sampah di tebing sungai sebelum dihantar ke tapak pelupusan sampah;
    • Mencadangkan kaedah pemantauan dan laporan mengenai longgokan sampah di sungai dan penggunaan teknologi yang efektif dalam pemantauan kualiti air sungai secara ‘real-time basis’;
    • Mencadangkan kaedah bersesuaian untuk sampah-sampah yang dikutip dengan mengurangkan jumlah sampah dihantar ke tapak pelupusan;
    • Mencadangkan kaedah operasi kutipan sampah-sampah yang terlepas dari logboom dan di tebing sungai terutama sampah-sampah yang tersangkut di kawasan ‘mangrove’; dan
    • Cadangan pengindahan kawasan tebing dan rizab sungai supaya bersih dan selamat untuk dikunjungi oleh orang

    Pemantauan berterusan ‘hotspot’ sampah haram di tebing sungai dan sumber pencemaran secara terus ke dalam sungai juga akan dilaksanakan melalui aplikasi ‘drone’ di sepanjang 56 km bermula dari sempadan DBKL/MBPJ hingga ke muara Sungai Klang. Penggunaan teknologi ‘drone’ telah bermula sejak pertengahan bulan Mac 2017 dan dianggarkan menelan belanja berjumlah RM1.5 juta untuk tahun 2017.

    Fasa terakhir inisiatif pembersihan Sungai Klang untuk tahun 2017 akan bermula pada bulan Julai 2017 dengan cadangan penggunaan aplikasi teknologi bersesuaian untuk pemantauan menggunakan CCTV dan pemantauan kualiti air secara ‘real-time basis’ menggunakan ‘sensor’. Kos pemasangan aplikasi  teknologi ini dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.