Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

162) PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status buat masa kini?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat melalui Projek ‘River of Life’ bagi menjamin synergy yang lebih baik serta mengelakkan sebarang pertindihan. Melalui penglibatan negeri dalam Jawatankuasa Pemandu ‘Greater KL/Klang Valley’ kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan ‘River Protocol’ bagi mengawal selia sumber sungai di negeri ini.

    Selain itu, melalui Sub-Task Force  Pembersihan Sungai di bawah Projek River of Life yang dipimpin oleh JPS, sebagai permulaan sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada Selangor di mana MPAJ sebagai agensi pelaksana akan membina Sistem Rawatan Air di salur keluar sistem perparitan utama ke Sungai Klang di Taman Melawati, Hulu Klang, Daerah Gombak Selangor bagi pengawalan mutu air. Projek tersebut sedang dalam proses penenderan dan dijangka disiapkan pada penghujung tahun 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.