Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

268) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri ke atas kilang-kilang haram yang masih beroperasi walaupun telah dikenakan kompaun dan arahan penutupan?

    Bagi mengatasi masalah kilang-kilang haram yang masih beroperasi walaupun telah dikenakan kompaun dan arahan penutupan, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua Pejabat Tanah Daerah (PTD) telah melaksanakan Program Turun Padang bagi memberi penerangan kepada pemilik-pemilik tanah dan pengusaha-pengusaha kilang yang berkenaan.

    Selain itu, amaran dan notis juga akan dikeluarkan kepada kilang-kilang yang tidak dapat diputihkan agar mereka dapat memindahkan operasi ke zon perindustrian yang telah disediakan. Kilang-kilang tersebut juga diberi tempoh berpindah sehingga tamat Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran, iaitu pada 31 Disember 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.