Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

42) PROGRAM PENCEGAHAN BANJIR DI SEKITAR MERU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan-cadangan dari pihak JPS, JKR, MPK dan PTD bagi pencegahan banjir di DUN Meru dan apakah bentuk-bentuk halangan yang dihadapi bagi laksanakan cadangan-cadangan tersebut ?

    Cadangan dari MPK

     

    • Bagi pencegahan banjir di DUN Meru, pihak MPK mempunyai cadangan atau program seperti berikut:

     

    • melaksanakan program berterusan secara berkala iaitu penyelenggaraan pembersihan parit-parit utama sedia ada di bawah seliaan Majlis seperti di Jalan Teratai, Jalan Haji Salleh, Jalan Kasban, Jalan Jabbar, Jalan Kassim, Jalan Khamis, Jalan Puding, Jalan Bunga Raya dan Jalan Haji Abdul Manan. Kerja- Kerja dilakukan secara kontrak dan jabatan (inhouse).

     

    • Majlis juga melaksanakan kerja-kerja pembaikan longkang dan parit sedia ada.

     

    • Menaik taraf perparitan sedia ada secara berperingkat-peringkat mengikut peruntukan pembangunan yang

     

    Beberapa halangan yang dihadapi bagi perlaksanaan cadangan- cadangan tersebut adalah :

     

    • Terdapat binaan-binaan pembentung/jambatan kecil penduduk tanah-tanah lot persendirian dibina tidak mengikut spesifikasi, bersaiz kecil dan aras yang tinggi menyebabkan air di dalam parit bertakung, menghalang kelancaran aliran air dan seterusnya boleh menyebabkan

     

    • Ketiadaan rezab parit yang terancang sehingga selepas pembangunan hartanah dilaksanakan. Pada masa ini hanya terdapat parit-parit di tepi rezab

     

    • Kebanyakan kawasan banjir adalah kawasan-kawasan yang belum dibangunkan dan merupakan tanah hak milik persendirian yang mana parit alir keluar utama sedia di bawah pengurusan organisasi lain seperti

     

    • Majlis tidak mempunyai peruntukan lebihan bagi kerja-kerja pembangunan mengatasi banjir seperti membina parit-parit konkrit.

     

    Cadangan dari JPS

     

    • Cadangan projek bagi pencegahan banjir di kawasan ini ialah merangkumi:

     

    • Kerja-kerja pembinaan 5 buah kolam takungan
    • Menaiktaraf sistem saliran sedia ada
    • Menggantikan jambatan sedia ada yang menjadi halangan aliran air
    • Membina pintu kawalan pasang surut

     

    Antara projek pencegahan yang telah dilaksanakan :

     

    • Pembinaan kolam takungan banjir di Kampung Budiman
    • Menaik taraf parit utama di Jalan Iskandar, Bukit Kapar,

     

    Antara kaedah pencegahan bukan struktur yang telah dilaksanakan:

     

    • Kerja-kerja pembersihan dan pengorekkan parit di kiri dan kanan secara

     

    Antara bentuk-bentuk halangan yang dihadapi adalah:

     

    • Masalah proses pengambilan balik tanah bagi pembinaan kolam takungan yang mana ianya melibatkan tanah-tanah persendirian
    • Memerlukan kos yang tinggi
    • Penggantian jambatan baru akan melibatkan perobohan jambatan lama dan ianya akan mengganggu keselesaan dan keselamatan orang

     

    1. Dari MPK

     

    1. Berkaitan cadangan kolam di kawasan DUN Meru perlu ada perbincangan khas kerana melibatkan Pejabat Tanah, Majlis, JPS, pemilik tanah dan UPEN bagi tujuan pengambilan tanah yang melibatkan kos yang tinggi dan penentuan tanah-tanah yang dicadangkan untuk dijadikan kolam tadahan

     

    Dari JPS

     

    Secara umumnya, projek kolam takungan air di Pekan Meru telah siap sepenuhnya. Pada masa kini kerja-kerja penyelenggaraan kolam seperti pengorekkan dan pemasangan pagar sedang dijalankan. Skop bagi kerja- kerja pengorekkan kolam takungan termasuk :

     

    • Mendalamkan kolam
    • Mengeluarkan segala rumpai air dari kolam
    • Membersihkan kolam termasuk kerja-kerja ‘trimming of slope’
    • Kerja-kerja pemasangan   pagar    jejaring    berangkai   dengan disaluti pvc di sekeliling kolam takungan

     

    Walau bagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas kolam tersebut dari masa ke semasa.

     

    1. Dari MPK

     

    1. Kerja-kerja menaik taraf parit dan pembetungan di Persiaran Hamzah Alang Meru di sebelah kiri (Parit milik Majlis) sudah dimaklumkan kepada PWN dan akan di bentang dalam Mesyuarat MTES setelah mendapat kelulusan. Kos anggaran bagi kerja-kerja tersebut adalah sebanyak RM5.6 juta bermula daripada simpang Pekan Meru sehingga persimpangan Jalan Abd

     

    Dari JPS

     

    1. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bercadang untuk menaik taraf Sungai Binjai di sepanjang Jalan Persiaran Hamzah Alang pada tahun 2014 dengan menggunakan peruntukan Negeri yang disalurkan melalui akaun amanah caruman parit.

     

    Kemajuan kerja ketika ini adalah di peringkat:

     

    • Peringkat perlaksanaan kerja ukur dengan anggaran 3km panjang dari Pekan Meru sehingga Sungai Kapar
    • Kerja-kerja reka bentuk akan disusuli selepas kerja-kerja ukur siap sepenuhnya.
    • Kerja-kerja reka bentuk akan dilaksanakan secara in-house dengan cadangan tajuk  kerja  adalah  ‘menaik  taraf  parit tanah ke parit jenis U-Drain di sepanjang Jalan Persiaran Hamzah Alang’.

Lampiran

Tiada Lampiran.