Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

119) PROGRAM PENCEGAHAN BANJIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program pencegahan banjir yang dirancang dalam masa jangka pendek dan jangka panjang di kawasan Meru?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah menyenaraikan program-program pencegahan banjir untuk jangka masa panjang dan pendek di dalam kawasan pekan Meru. Bagi cadangan program jangka pendek , Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Klang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengorekan di kiri dan kanan parit yang mana kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dijalankan secara berkala dua kali setahun.

    Manakala untuk program jangka panjang , Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah memasukkan cadangan projek bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Pekan Meru ke dalam Senarai Rancangan Malaysia keSepuluh (RMK-10) . Komponen kerja yang dimasukkan ke dalam cadangan program RMK-10 tersebut adalah termasuk menaiktaraf parit tanah kepada parit konkrit, kerja ukur, pengalihan utiliti, serta menggantikan lintasan sempit seperti jambatan dan pembentung. Cadangan program ini amat diperlukan memandangkan saliran sedia ada tidak dapat menampung kuantiti air hujan yang banyak terutama ketika hujan turun berterusan melebihi dua jam.

Lampiran

Tiada Lampiran.