Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

295) PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN DENGGI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah program pencegahan dan kawalan denggi ini dilaksanakan?

    Pelbagai program Pencegahan dan Kawalan Denggi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pelbagai agensi bagi memastikan kadar kes demam denggi berkurangan. Di antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    • Mengadakan Mesyuarat Denggi peringkat daerah dan setiap minggu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Mesyuarat ini melibatkan semua agensi di daerah tersebut termasuk PBT, PKD,Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), wakil hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Ahli Majlis dan Penghulu. Mesyuarat ini akan membincangkan kaedah kawalan dan pencegahan bagi sesuatu isu di kawasan wabak terutama Hotspot dan tindakan segera yang perlu dilakukan. Mesyuarat ini juga memantau dan melaksanakan program yang diarahkan oleh pihak Kerajaan Negeri berkaitan denggi.

     

    • Menubuhkan Unit Tindakan Khas Denggi (UTKD) apabila satu lokaliti mempunyai 100 kes atau tempoh wabak melebihi 100 hari. Tanggungjawab UTKD adalah untuk memastikan lokaliti yang dipilih terkeluar daripada senarai hotspot dengan melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan dalam tempoh 3

     

    • Penggunaan „Pest Control Operator‟ (PCO) di peringkat PBT bagi mengawal penularan wabak denggi di kawasan

     

    • Melaksanakan Kempen menggalakkan menggunakan „Insect Repellent‟ untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan alat perlindungan gigitan nyamuk semasa berada di luar

     

    • Menggunakan Mymat iaitu alat perangkap nyamuk bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes di kawasan luar rumah. Mymat ini telah berjaya mengurangkan kes demam denggi dan menamatkan

     

    • Menggunakan Spokojan iaitu lingkaran nyamuk yang boleh membunuh nyamuk di kawasan luar rumah dan boleh bertahan selama 12 jam. Spokojan ini melibatkan kerjasama di antara „Joint Management‟ (JMB) dan penduduk bagi bersama-sama memasang Spokojan di kawasan

     

    Peruntukkan untuk melaksanakan Program Pencegahan dan Kawalan Denggi mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2016 adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1:

     

    PBT PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI PERUNTUKAN DARIPADA KPKT PERUNTUKAN DARIPADA PBT JUMLAH
    MBSA 70,000.00 29,400.00 1,855,790.00 1,955,190.00
    MPBJ 70,000.00 1,639,000.00 1,709,000.00
    MPAJ 27,565.00 682,523.16 710,088.16
    MPSJ 70,000.00 21,850.00 1,764,000.00 1,855,850.00
    MPK 6,073.01 35,000.00 35,000.00
    MPKj 45,000.00 182,060.00 227,060.00
    MPSp 51,575.00 320,460.00 72,035.00
    MPS 30,000.00 37,000.00 128,020.00 195,020.00
    MDKL 17,172.00 27,700.00 45,000.00 89,872.00
    MDSB 20,365.00 10,000.00 30,365.00
    MDKS 32,000.00 54,000.00 86,000.00
    MDHS 170,000.00 170,000.00
    JUMLAH 25,172.00 298,528.01 6,885,853.16 7,135,480.16

    Jadual 1: Peruntukan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.