Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

220) PROGRAM PENDEMOKRASIAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang telah dicapai oleh Kerajaan dalam pelaksanaan program pendemokrasian rakyat bagi sesi 2008-2013?

    Melalui cabutan keputusan MMKN ke 25/2013 yang diadakan pada 28 Ogos 2013 dan disahkan oleh MMKN ke 26/2013 pada 4 September 2013, MMKN telah mengesahkan dan bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan yang diketuai oleh YB Puan Rodziah binti Ismail untuk mengkaji dan meneliti cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan proses persempadanan semula

    kawasan pilihan raya Negeri Selangor untuk dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Pilihan raya. Walau bagaimanapun proses persempadanan semula ini tidak diteruskan pelaksanaannya selepas terdapat pertukaran pucuk pimpinan di peringkat Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.