Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

298) PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA KHUSUSNYA DI KAMPUNG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah wujud satu pasukan yang terlatih untuk turun ke kampung-kampung untuk mendidik pengguna tentang hak dan hal ehwal pengguna?

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama Agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan program-program di kampung-kampung bagi tujuan pendedahan pendidikan berkaitan Hal Ehwal Pengguna di Negeri Selangor. Pada tahun 2014, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah bekerjasama dengan Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia bagi memberikan kesedaran kepenggunaan kepada pekerja-pekerja wanita di dalam sektor industri.

    Jawatankuasa ini juga bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Seri Murni, Gerakan Belia Bersatu Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Dato’ Lee Kim Sai untuk bersama-sama menganjurkan program kesedaran kepenggunaan di kampung-kampung di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.