Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

192) PROGRAM PENERANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kerajaan negeri kepada rakyat?

    1. Penubuhan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) adalah bertujuan mempertingkatkan penerangan dasar dan program Kerajaan Negeri kepada rakyat, sejak 2009.

     

    Bermula dengan web portal TVSelangor, CCSB yang juga dikenali sebagai Media Selangor mula berkembang kepada penerbitan akhbar dan penggunaan medium lain seperti berikut;

      Edisi/medium Cetakan/Pelanggan/Pengikut
    SelangorKini Bahasa Melayu 200,000/seminggu
      Selangor Journal 50,000/sebulan
      Mandarin 70,000/dua minggu sekali
      Tamil 50,000/sebulan
    TV Selangor selangortv.my portal
      YouTube 112,000 pelanggan
    Media Sosial Facebook 303,000 pengikut
      Twitter 30,200 pengikut
      Instagram 59,900 pengikut
    IDM TV SUK, PBT, PDT, agensi dan GLC 50 IDM TV di seluruh Selangor memaparkan program TVS, informasi IPR dan Kerajaan Negeri serta ringkasan berita.

Lampiran

Tiada Lampiran.