Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

271) PROGRAM PENGASINGAN SAMPAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon Kerajaan Negeri menjelaskan bagaimana kempen Program Pengasingan Sampah disampaikan kepada masyarakat umum dan sejauhmana hasil kempen tersebut.

    Pihak Kerajaan Negeri masih lagi belum melaksanakan program pengasingan sampah. Walaubagaimanapun, program ini telah dirancang untuk dijalankan pada bulan September 2015 sebagai satu projek perintis dengan mensasarkan penglibatan penduduk kawasan taman perumahan dan rakyat Selangor secara keseluruhannya.

     

    Walaubagaimanapun, kempen-kempen berkaitan program pendidikan serta kesedaran kepada masyarakat bagi pengasingan barang-barang yang boleh dikitar semula seringkali dijalankan di dalam program-program kepenggunaan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.